UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :QA76 Computer software
ISSN :2289-7844
Main Author :Mohamad Samuri Suzani, Abdul Ghani Hermaelisrani, Rahmatullah Bahbibi, Ab Aziz Nurul Syakilah,
Title :Sistem Sokongan Keputusan untuk menilai dan memantau prestasi guru: kajian rintis di SMK Bachok, Kelantan (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Kajian ini mencadangkan sistem yang lebih mudah dan berkesan untuk penilaian prestasi guru-guru di sekolah menggunakan Sistem Sokongan Keputusan (Decision Support System, DSS) yang dipanggil Key Performance Indicator-Monitoring Tool (KPI-MT). Antara muka sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver, manakala PHP Hypertext Preprocessor (PHP) versi 5.2.9 digunakan sebagai bahasa skrip dan MySQL versi 5.0 sebagai sistem pengurusan pangkalan data. DSS dalam sistem KPI-MT juga turut menggunakan kaedah jumlah wajaran (Weighted Sum Method, WSM) untuk mengira markah keseluruhan guruguru dan juga untuk menentukan sama ada prestasi guru dalam tahun itu adalah sangat baik, baik, sederhana, kurang memuaskan atau lemah. Dengan sistem KPI-MT, pengetua sekolah boleh memantau prestasi guru bermula dari tahun pertama perkhidmatan guru di sekolah. Untuk memastikan bahawa keseluruhan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan sekolah dan untuk melihat sama ada antaramuka yang dibina adalah mesra pengguna atau tidak, satu kajian kebolehgunaan telah dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaji selidik dengan set soalan kepada sepuluh responden dan data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0. Keputusan menunjukkan bahawa pengguna yang kebanyakannya guru-guru dan bakal guru berpuas hati dengan sistem KPI-MT kerana mudah untuk digunakan, di mana mereka tidak memerlukan bantuan teknikal untuk mengendalikan sistem ini. Dengan ciri-ciri tambahan yang terdapat pada prototaip KPI-MT ini, seperti paparan graf dan keupayaan untuk memantau prestasi guru-guru setiap tahun, maka adalah dilihat bahawa prototaip ini berpotensi untuk menggantikan sistem KPI yang sedia ada di sekolah bagi membantu pihak pengurusan sekolah terutamanya pengetua, untuk menilai dan memantau prestasi guru dengan lebih baik dan efisyen.

References
1. Amstrong, M. (1994). Improving organizational effectiveness. London Kogan Page Limited. 2. Boylan, C. (2014). Information builders: BI, business analytics. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.informationbuilders.com/business-analytics. 3. Breiter, A. & Light, D. (2004). Decision Support Systems in schools – from data collection to decision making. Published in Proceedings of the 10th American’s Conference on Information Systems. New York, pp. 2076-2082. 4. Chua Yan Piew. (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education. Darmastuti, D. (2013). Implementasi metode Simple Additive Weighting (SAW) dalam sistem informasi lowongan kerja berbasis web untuk rekomendasi pencari kerja terbaik. Jurnal Sistem Dan Teknologi Informasi. 2(1). 5. Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wiley and Son Inc. Lockett, J. (1992). Effective performance management: A strategic guide to getting the best from people. London: Kogan Page. 6. Manual Am Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) (2013). Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan konsep tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.cikgushare.com/2016/05/muat-turun-senarai-semak-kandungan-fail.html. 7. Marler, R.T. & Arora, J.S. (2010). The weighted sum method for multi-objective optimization: New Insights. pp. 853–862. 8. Mohd Azmi Hussain (2014). Pengurusan penilaian prestasi. Ipoh: Jabatan Pelajaran Perak. 9. Mohd Najib Abd Ghafar (2003). Penyelidikan pendidikan. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 10. Rosmayati Mohemad et al. (2010). Decision Support Systems (DSS) in construction tendering processes. IJCSI International Journal of Computer Science Issues. 7(2), No 1. 11. Royce, W.W. (1970). Managing the development of large software system. Published in Proceedings of the IEEE WESCON. pp. 1-9. 12. Rozi Nor Haizan, Nor Rose Alinda Alias, and Azizah Abdul Rahman. (2011). The KPI development framework for ICTSQ measurement. Published in Proceedings of the 3rd International Conference on Information and Financial Engineering. 13. Sauter, V.L. & Free, D. (2005). Competitive intelligence systems: Qualitative DSS for strategic decision making. Business Information Review. 23(1), pp. 35–42. 14. Setyawan, B. (2011). Sistem pendukung keputusan untuk proses rekrutmen guru menggunakan metode TOPSIS. Jurnal Teknik Informatika. 4(1). 15. Sharifah Md Noor. (2000). Keberkesanan sekolah. Satu perspektif sosiologi. Serdang: UPM. Story, A. (2002). Performance management in schools: could the balanced scorecard helped? School Leadership and Management, 22, pp. 321-338. 16. Sun, X. & Li, Y. (2014). An intelligent multi-criteria decision support system for systems design. Journal of Aircraft. 51(1), pp. 1–11. 17. Suryadi, K. (2007). Framework of measuring key performance indicators for decision support in higher education institution. Journal of Applied Sciences Research. 3(12), pp. 1689-1695. 18. Thawesaengskulthai, N. (2007). Selecting quality management and improvement initiatives. PhD Thesis. University of Nottingham.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)